Your Ad Here


online
Online Casino

Nama: Mohd Zan Mat Ali


Email: mohdzan712@yahoo.com.my
   


HUBUNGI SAYA: 013-9212423
LAGI GAMBAR SAYA
Free Counter
Free Counter
Voting Poll
PANDANGAN ANDA TENTANG WEB BLOG INI

MENARIK
TIDAK MENARIK

Search The Internet
[ View Guestbook ]
[ Sign Guestbook ]
online
Online Casino
..........................................xxxxxx...................... }


Mula | Berhenti


Go to ImageShack® to Create your own Slideshow

If you want to be updated on this weblog Enter your email here:



rss feed



Monday, December 26, 2011
KEPUTUSAN PMR ANAKKU

Khamis, 22 Disember 2011....dari semalam anakku (satu-satunya anakku), sudah tidak senang duduk..makanpun tak ada selera rasanya...kerana esoknya keputusan PMRnya akan diketahui...Pagi esoknya...aku dan isteri ke bandar..selesaikan beberapa hal peribadi...sekitar jam 10, rakan pejabatku menghantar meseg kepadaku yang anakku dapat 9A..namanya ada diumumkan di sekolah...Aku kemudian telefon anakku, bertanya hal itu..anakku jawab, dia dah tahu dari kawan-kawannya yang dah awal-awal ke sekolah....Segala debar dan tidak selera makan telah berakhir...! Tahniah buat anakku ...

Posted at Monday, December 26, 2011 by mohdzan
Make a comment  

Monday, October 31, 2011
Magicnya bola

Nurul Naasyidah - anakandaku yang berusia 15 tahun sebelum ini tidak pernah bersedih apatah lagi menangis, biarpun kawab-kawan sekelasnya menangis dan mengalirkan airmata tatkala guru mereka adakan mana-mana acara yang menuntut pelajar menangis...Lantas kerana ini juga, kawan-kawannya menggelarnya Robot. Mereka menganggap anakandaku tidak punya perasaan. Tapi pada malam ahad lepas, ketika Terengganu tewas 2-1 terhadap N9, airmatanya telah mengalir membasahi pipi..Ya, dia telah menangis..Dia amat sedih atas kekalahan pasukan yang di minatinya...Dia amat kecewa. Dia amat meminati bolasepak..Dan benarlah kata orang, bolasepak boleh membuat penonton jadi apa saja..Bola benar-benar sesuatu yang magic..

Posted at Monday, October 31, 2011 by mohdzan
Make a comment  

Sunday, May 22, 2011
TERINGAT KISAH DULU-DULU

Aku dilahirkan pada 28 Ogos 1963 di Kampung Ladang, Kuala Terengganu (sekarang Kampung Ladang dah habis kena pindah - akan di bangun semula oleh kerajaan negeri) tapi aku dibesar dan mendapat pendidikkan awal di Jalan Ustaz Omar, Dungun.

MASA KECIL-KECILKU - YANG AKU MASIH INGAT..

Masa kecil-kecilku, mungkin masa tu umur aku dalam 5 atau 6 tahun kot..(yang pasti aku belum lagi masuk sekolah rendah), hampir setiap hari, waktu tengahari gitu, aku akan duduk di bawah rumah dan tunggu budak-budak perempuan balik dari sekolah..:) Kira-kira nak nguratlah macam tu kot..!

Masa kecil-kecilku juga, aku selalu ikut ibuku ke pasar Nibong Stesen - dulu pasar ni merupakan pasar yang amat sibuk di kampung Nibong Stesen...maklumlah masa tu ada keretapi dari Bukit Besi akan lalu dan berhenti dekat stesen ni..dan biasanya penjual-penjual dari kampung lain akan turun dan bawa barangan jualan mereka di pasar ini. Aku ingat lagi, ada satu kedai kopi dekat tepi jalan keretapi dan dekat kedai ini pula ada serimbun pokok bunga kertas yang besar..dan bawah pokok setor pula ada satu kedai gunting rambut..aku selalu juga dibawa oleh ayahku gunting rambut kat kedai ni..

Biasanya kalau aku ke pasar Nibong ni dengan mak atau arwah ayah aku, aku selalu singgah kat satu lagi tempat..kedai india jual air batu campur...lelaki india ni dah agak tua masa tu..dalam 60an dah kot..tapi air batu campur dia memang sedap dan ramai pengunjung datang singgah minum air batu campur dia ..

Ya..pasar Nibong Stesen memang meriah satu masa dulu..Tapi sekarang pasar ni dah tak ada lagi..Aku rasa pasar ni tutup bila operasi pelombongan biji timah di Bukit Besi tamat, maka pasar nipun turut tamat..aku rasalah..sebab bila umur aku 12 tahun, aku dah pindah Terengganu..masa tu kalau tak silap, tahun 1972 atau 1973

TEMPAT-TEMPAT PERMAINAN AKU DAN KAWAN-KAWAN AKU MASA KECIL

Masa kecil-kecil dulu, masa aku tinggal kat Dungun, satu tempat lagi yang aku selalu pergi dengan kawan-kawan baik aku (anak jiran-jiran aku) ialah di Bukit Chatak - Satu bukit yang agak tinggi juga, tapi sekarang bukit ni dah tak ada kot..sebab hari-hari bukit ni di sodok..diambil tanahnya.. Hampir setiap petang atau pagi (kalau tak sekolah) aku dan kawan-kawan aku, Atan (sekarang berpindah di Negeri Sembilan), Man, Zul (masih tinggal kat Dungun) akan panjat bukit ni..bila sampai kat atas bukit ni..kita orang akan tengok kat bawah..seronok..

Satu tempat lagi aku dan kawan-kawan aku selalu pergi masa petang-petang ialah di tempat penyimpanan sementara kayu balak...ianya terletak di Nibong Stesen jugak..dekat dengan sungai Dungun..Balak-balak yang entah di ambil dari mana, akan diletakkan di sini..banyak..bertaus-ratus batang kot..orang-orang kampung selalu datang kat sini, ambil kulit kayu balak untuk dijadikan kayu api untuk memasak..tempat ni juga ada banyak pokok jambu batu..dan aku dan kawan-kawan aku selalu juga cari buah jambu batu..

BILA MALAM MENJELMA..

Masa tu masih awal 70an..masih kat Dungun..biasanya bila malam menjelma..lepas je solat magrib..aku dan kakakku dan juga penduduk kampung yang lain akan berduyung-duyung menuju ke kedai Cik Nik...(kedai jual barangan runcit)..untuk apa? Bukan nak beli apa-apa..tapi kami semua ke kedai Cik Nik untuk tengok TV!! Ya, masa tu cuma kedai Cik Nik aje yang ada TV..Oh ye..cakap pasal TV ni, aku masih ingat lagi..masa mula-mula TV ada kat Malaysia..ayahku yang masa tu kerja bawa beca..pada satu petang ayahku balik dari bawa beca dan ayahku kelam kabut sekali beritahu seluruh keluarga yang sekarang ni ada alat ajaib! Boleh tengok orang dengan alat tu! Nama alat tu kata arwah ayahku ialah 'tali besen!' Maka ayahkupun terus ambil tali ropia dan kemudian ayahku ambil sebaldi air dan letak air dalam besen..kemudian ayahku letak tali ropia tu dalam besen tu..kami sekeluarga tertunggu-tunggu..apa akan jadi!! Suspen be!! Tapi..tak ada apapun yang berlaku!! Kah kah kah..ayahku nampak hampa..kemudian lepas tu barulah kami tahu..benda yang ayahku maksudkan tu bukan tali besen..tapi telivesyen!!! Harganya mahal dan kami tak mampu beli..begitu juga dengan penduduk-penduduk kampung yang lain..yang mampu beli televisyen masa tu cuma kedai Cik Nik je..jadi..kedai dia jadi tumpuan penduduk kampung buat masa tu..seronok be..tiap malam penuh kedai CikNik..

Posted at Sunday, May 22, 2011 by mohdzan
Make a comment  

Tuesday, December 07, 2010
KEADAAN KEDAI GAMBAR AKU..


Inilah Printer Epson Stylus Photo R390 yang aku gunakan kat 'kedai gambar' belakang rumah aku. Kat Malaysia ni tak ada model printer ni, kalau sapa-sapa nak kena order dari negara Cina..Harga sebenar dia mungkin murah je kot..Tapi oleh kerana terpaksa order dari negara Cina, maka harga yang aku beli ialah RM2,800..Siap pasang sistem CIS..Dakwat dia ada enam warna..satu botol 500 ml..Tahanlah setahun...Kalau kita dapat RM30.00 sehari..kiralah berapa bulan dah balik modal...Oh ye, untuk pengetahuan kau orang semua, printer ni bukan setakat boleh print gambar ukuran 4R je, ukuran 8R (A4) pun boleh..Di samping tu bila kau orang beli printer ni, aku akan bagi satu software untuk kau orang buat gambar pasport..Nama software tu ialah, Photo Desiree. Dengan software ni, kau orang boleh buat gambar pasport dengan mudah, tak payah nak ukur-ukur! Kertas gambar untuk kau orang guna, akupun ada jual..Kalau kertas berkilat macam kertas kodak tu, aku jual 30 keping RM10.00. Kalau kertas yang kesat, khas untuk kau orang buat gambar pasport tu, 30 keping RM12.00. Kertas A4 pun ada aku jual.


Ini pulak kamera digital yang aku pakai untuk ambil gambar pasport kat kedai aku..Ia, cuma kamera digital biasa je..Tak payah guna yang kamera 'kelas-kelas' macam kat kedai gambar pakai tu..Tapi..kalau kau orang ada kamera yang lagi canggih, lagi bagus..Aku cakap ni, cuma nak bagi semangat kat kau orang, dengan kamera yang semacam inipun dah lebih dari cukup untuk kau orang buka kedai gambar kecil-kecilan ataupun besar-besaran! Yang penting, minat dan kesungguhan!


Ni pulak, 'studio' gambar aku..Kecil je..cukup simple kata orang puteh..Kau orangpun boleh buat kat belakang dapur rumah kau orang..Tapi kalau kau orang dah ada tempat khas, lagi bagus..kalau kau orang sewa ruang kedaipun, lagi bagus. Aku buat kat belakang dapur rumah akupun dah ok, inikan pula kalau kau orang buat kat kedai khusus, tepi jalan pulak, lagilah banyak orang datang..


Ni pun suasana dalam 'studio mini' aku..Adalah dalam 10' X 10' kot..kecil je..tapi memang dah ok..Jadi..kalau kau orang ada ruang yang lagi besar, lagilah ok..



Beginilah 'suasana' bila orang datang nak ambil gambar pasport/lesen. Dua buah lampu 'sportlight' yang terdapat di kiri kanan tu, aku buat sendiri je..Dalam 20 wolt je sebuah tu..Kecerahan cahaya, tengok atas keadaan..kalau nampak gelap lagi, pasang lagi lampu..Lampu kalimantang biasa je..Tak payah letak lampu studio yang mahal-mahal..Tapi kalau kau orang mampu, apa salahnya..Yang aku nak bagitahu ni, dengan sekadar lampu biasa macam nipun dah ok..!



Ni dia..'rupa' lampu sportligt yang aku buat sendiri tu..Maksud 'buat sendiri' tu, lampu tu aku beli..Adalah dalam RM70.00 je..Tiang tu aku suruh orang welding buat..upah dia buat dalam RM20 lebih kurang sebuah..Benda-benda ni nak kreatif je..Lampu payung, lampu apa tu, yang kau orang tengok bila kau orang ambil gambar pasport dalam kedai gambar yang besar-besar tu, kalau kau mampu beli, memang ok..tapi..TAK SEMESTINYA kau orang perlu lampu-lampu tu semua kalau kau orang nak buka kedai gambar!!


Lagi 'suasana' dalam studio gambar kecil-kecilan aku. Cukup simple..Kesimpulannya kalau kau orang dah mula bersemangat nak tiru macam aku, yang pertama kau perlu ada komputer, kedua sebarang (aku ulang: sebarang) kamera digital biasa dan YANG PALING PENTING..kau orang mesti ada printer Epson stylus photo R390.. Tapi kalau kau nak cuba buat dengan menggunakan printer epson model biasapun, apa salahnya..tak salah! Jujur aku cakap, aku mula-mula buka dulu, akupun cuma print gambar pakai printer Canon MP145 je..sungguh! Ramai jugak orang datang ambil gambar kat kedai aku..

KERJAYAAN DI CIPTA OLEH MANUSIA BIASA YANG BERUSAHA SECARA LUAR BIASA - Bill Gates



Antara pelanggan-pelanggan aku yang datang ambil gambar kat kedai kecil-kecilan aku..



 


Ni contoh gambar pasport yang aku jual 4 keping RM5.00, siap dalam masa lima minit lebih kurang. Kalau kau orang buka kedai gambar macam aku ni, terpulanglah pada kau orang nak jual berapa untuk gambar pasport ni. Tapi harga semasa kat kedai gambar, 4 keping RM8.00 kalau nak ambil esok. Kalau nak ambil selalu, 4 keping RM10.00 atau RM12.00.



Sapa-sapa yang datang ambil gambar pakai baju biasa, aku juga boleh tukar gambar dia jadi pakai baju lain, macam gambar di atas! Cajnya tetap sama..



Inilah 6 botol dakwat printer ni yang di bagi bersama-sama printer epson tu..Kalau kau orang beli satu botol, dakwat ni jatuh harga RM80.00 sebotol. Kalau kau orang beli satu set, 6 botol, harganya jatuh RM70.00 sebotol. Tapi kalau kau orang beli printer ni dengan harga RM2,800, dah termasuk 6 botol dakwat ni..Tahan dekat setahun...Cuma yang warna biru dan warna kuning je cepat sikit habis..itupun dekat 8 - 9 bulan jugak..



Bila kau orang beli printer ni dengan harga RM2,800, satu Bluetooth akan di bagi percuma dan diletakkan pada printer ni. Dengan adanya Bluetooth ni, kalau ada pelanggan yang nak print gambar dari telefon bimbit, dia terus boleh print sebaik saja dia pilih gambar dari kamera telefon bimbitnya..Kau orang bebas nak jual berapa RM pun sekeping, gambar dari telefon bimbit ni.. Tapi aku masih tetap jual RM0.50 sekeping..Cara gunanya pun cukup mudah, buka Bluetooth dari telefon bimbit, pilih gambar, hantar je..printer ni akan terus print, tak sampai satu minit, siap!



Nampak tak dakwat kat tepi tu..? Dakwatnya tahan dekat setahun..Kalau kau orang print dalam 100 keping sehari, mungkin cepat sikit lagi habis.. Tapi kau orang fikirlah sendiri, kalau dalam satu hari ada 10 orang datang ambil gambar pasport, tiap seorang empat keping dan bagi empat keping pulak kau orang jual, RM5.00 je (macam aku jual), dalam sehari kau orang dah dapat RM50.00.. Toloklah modal RM10.00.. Kau orang masih untung lagi RM40.00 satu hari..Sebulan dah RM1,200. Tiga bulan dah RM3,600.. Dah lebih dari balik modal, kan? Jadi..apa tunggu lagi..bertindaklah sekarang!



Inilah antara peralatan yang kau orang perlu ada sebelum kau orang boleh buka studio gambar ni..Samada kau nak buka secara sambilan macam aku, atau secara sepenuh masa, terpulanglah pada kau orang sendiri. Yang penting, printer tu..!

Ok, bagi yang berminat, boleh hubungi aku: .
 Email: mohdzan712@yahoo.com.my


BERTINDAKLAH SEKARANG SEBELUM ORANG LAIN BERTINDAK MENDAHULUI ANDA!!

MODAL CUMA RM2,800 BAGI YANG DAH ADA KOMPUTER DAN KAMERA DIGITAL. SAYANG JUGA NAK KELUAR RM2,800?? TAK ADA KEPANDAIAN AMBIL GAMBAR PASPORT? SAYA SENDIRI BUKANLAH PANDAI SANGATPUN, TAPI MAIN CUBA-CUBA MACAM TU JE..AKHIRNYA JADI..ALHAMDULILLAH..

ANDA JUGA MAMPU MELAKUKANNYA!!


Pada soalan yang bertanya berkaitan kain biru dan lampu kat kiri kanan tu.. Kain biru tu beli kat kedai kain dalam dua meter, khas untuk gambar pasport. Kain puteh untuk gambar visa. kain merah untuk pas ke Indonesia atau sebagainya. Untuk dua biji lampu di kiri kanan tu, bukan wajib buat..tak buatpun tak apa..saya dulu-dulu buatpun, tak gunapun lampu tu..Tapi kalau nak buat juga, beli kat kedai elektrik/lampu hiasan. Besi tempat letak lampu tu pulak saya tempah kat orang buat kerja-kerja besi, macam pagar besi dan lain-lain.. harap penjelasan ini membantu pada yang bertanya.


Untuk pengetahuan, saya juga menjual glossy paper yang ada tulisan kat belakang macam kertas kodak tu..khas untuk print gambar ukuran 4R. Harga kertas tu 130 keping cuma RM 28.00. Tapi kos penghantar kena RM7.00 (Pos laju). Jadi semuanya berjumlah RM35.00. Kertas untuk print gambar pasportpun saya ada jual. Harga dia mahal sikit dari glossy paper.


Posted at Tuesday, December 07, 2010 by mohdzan
Make a comment  

Wednesday, November 03, 2010
Masa terus berlalu

Diam tak diam, 2010 sudah berada di penghujungnya..tinggal satu bulan lebih aje lagi tahun baru 2011 akan hadir dan 2010 akan kita tinggalkan...Apakah semua yang kita dambakan telah terlaksana sepenuhnya pada tahun ini? Atau cuma separuh mampu kita sempurnakan..? Atau..langsung apa yang kita rancangkan tidak dapat di laksana..? Kepada yang telah berjaya menyempurnakan apa yang dirancang sepanjang tahun ini, alhamdulillah...kepada yang gagal melaksanakannya, usah sedih atau khuatir...pasti ada hikmahnya kenapa apa yang kita rancangkan itu tidak dapat terlaksana..Ya, Tuhan lebih mengetahui, apa yang terbaik untuk kita, apa yang tidak baik untuk kita..

Tentang diriku...ya, ada sebahagiannya telah berjaya aku lakukan..terutama perihal kedai gambar MZ FOTO aku ni..boleh di katakan bermula pada awal tahun ini hinggalah pada malam ini..hampir setiap petang dan malam, ada saja pengunjung yang datang untuk ambil gambar mahupun untuk cuci gambar..alhamdulillah..adalah rezeki kata orang..Itu yang positif..Yang tak berjaya..??? Pastinya impian aku untuk menyudahkan manuskrip novelku yang dah bertahun angin tak tersiap itu! Entahlah, moodku untuk kembali menulis novel benar-benar tak ada lagi sekarang ini...biarpun aku sering rasa tercabar dengan kerjayaan sahabat-sahabat rakan penulisku yang lain..di mana hampir setiap detik, mereka punya masa dan ada idea untuk menulis novel...terutama Norma..tiap kali aku meseg kat dia..pasti dia akan jawab, sedang menulis novel baru! Ha..Ha..Ha..Tahniah untuk Norma..rakan sepenulisan yang hebat ini..

Begitu juga dengan sahabatku, Ramlah yang kerja kat Muzium negeri Terengganu ini, hebat juga dia..menulis dan menulis..khabarnya dah 4 buah novel berjaya dihasilkan..Oh ye, terimakasih kerana siang tadi bagi sebuah novelnya untuk aku baca..Insya-Allah, aku akan baca nanti biarpun lambat sikit..baca tetap baca..

Cikgu Zainun..lagi rakanku yang tak kurang hebat dalam bidang penulisan novel ini..juga macam Norma..tiap kali aku meseg, pasti dia tengah menghasilkan novel..Raihanahpun sama..ada cukup masa untuk bersama anak-anak, bersama suami dan menulis!!

Yang tak ada masa untuk kembali menulis..ialah aku..! Ha..Ha..Ha.. Tapi, aku ada juga masa untuk tulis skrip drama radio..ialah, dari tak ada langsungkan..? Komang-komang, dalam tahun  ni dah ada 2 buah skrip drama radioku yang terpilih dan telah disiarkan..aku harap sebuah lagi skrip drama radioku akan diterima sebagai penuntup tahun 2010 ini..kalau takpun, sebagai pembuka tirai tahun 2011 nanti..insya_Allah...!!

Tulis novel memang seronok..dan peluang untuk diterbitkan juga banyak..maksud aku, bila kita hantar kat penerbit A dia tak mahu terbit manuskrip kita..kita masih ada banyak penerbit lain lagi yang boleh dihantar..dan mengikut pengalaman akulah..tak rugi kalau kita tulis novel..sebab banyak penerbit boleh kita cuba hantar untuk diterbitkan manuskrip kita tu..Mula-mula kita hantarlah kat penerbit yang hebat dulu..akhir sekali..kita jual terus manuskrip tu kalau dah tak ada sangat penerbit nak terbit! Ha..Ha..mudah, kan?

Kalau kau orang nak menulis jugak..tulislah..paling mudah kau orang tulis pasal kehidupan kau orang..dari kecil sampai sekarang..pasti banyak suka dan duka, kan? Aku sendiripun ada satu manuskrip yang mengisahkan kehidupanku zaman kecil hingga sekarang..aku nak siapkan..tapi itulah..baru beberapa helai aku tulis..dah malas pulak..

Ye, aku sebenarnya asyik dengan kedai gambarku aje sekarang ni..kau orang tak nak buka kedai gambar macam aku buka ni? Modal kecil je..tapi bolehlah..

Hemm..rasa-rasanya cukup kat sini dulu aku 'membebel' pada kali ni..lain kali kalau aku rajin, aku membebel lagi..biarpun tak ada sapa nak baca..aku perduli apa!!

sekian, selamat malam..buat kamu semua yang baca apa yang aku tulis ni..

Posted at Wednesday, November 03, 2010 by mohdzan
Make a comment  

Monday, October 04, 2010
Lama tak nulis kat sini..

Jujurnya sekarang ini aku jadi agak malas untuk menulis..ye, menulis novelpun begitu, padahal dalam pcku ada 2, 3 buah novel yang siapnya antara 5- 100 halaman...semuanya dah lebih 5 tahun terbengkalai...aku langsung tak ada idel dan mood untuk menyudahkan ceritanya...paling tidakpun aku hanya menulis skrip drama radio..entah kenapa, dulu masa usiaku lewat 20an dan 30an..idea untuk menulis bukan main banyak..hampir tiap tahun ada aje novel baruku di pasaran..sekarang..dah bertahun aku jadi kering idea untuk menulis novel..manakala kawan-kawan baruku...dan semuanya wanita..ada yang bekerja sebagai guru, kakitangan kerajaan, mereka menulis novel hampir setiap tahun...waduh, rasa tercabar juga...tapi nak buat macam mana, ideaku benar-benar kering untuk ini..Oh ye, sekarang aku betul-betul seronok bila berada di kedai gambarku..Ye, betul kata orang, bila kita buat sesuatu pekerjaan yang mengembirakan kita, hati kita akan rasa gembira..begitulah yang aku alam isekarang, bila aku ambil gambar pelangganku, kemudian edit dan print..aku rasa benar-benar gembira..seronok weh...kadang-kdang aku ingat nak tumpu pada kedai gambarku sepenuh masa..nak buka dari pagi sampai malam..tapi tak tahu bila hal ini terjadi...

oklah, aku tengah tunggu kawan aku keluar dari bilik..aku nak masuk solat zohor pulak ni...kemudian nak pergi ambil anakku di sekolahnya...kan kalau aku rajin, aku akan nulis lagi kat sini..tak tahu bila rasa rajinku itu akan muncul semula...

Posted at Monday, October 04, 2010 by mohdzan
Make a comment  

Sunday, August 22, 2010
BUKU 'PANDUAN MENULIS SKRIP DRAMA RADIO'

Salam Ramadan, berita baik buat anda yang berminat untuk mempelajari cara menulis skrip drama radio. Buku yang berjudul PANDUAN MENULIS SKRIP DRAMA RADIO (PANGGUNG DRAMA) ini menjelaskan semua teknik yang harus anda lakukan ketika menulis skrip. Insya-Allah, buku ini akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Posted at Sunday, August 22, 2010 by mohdzan
Make a comment  

Monday, August 09, 2010
Panggung Drama Terbaru

Ahad 8 Ogos 2010..drama terbaru aku berjudul Nur Hidayah telah diterbitkan...Fauziah sidek

Posted at Monday, August 09, 2010 by mohdzan
Make a comment  

Tuesday, June 29, 2010
Tatkala kesunyian melanda

Kini tinggal aku dan satu-satunya anakku di rumahku setelah mak dan adik bongsuku kembali duduk di rumah makku yang baru dibelinya beberapa bulan lalu. apa yang jelas, kesepian kembali terasa. tapi kena positifkan diri, lihat mereka yang jauh lebih susah dari kami...so..apa-apapun kita kena happy

Posted at Tuesday, June 29, 2010 by mohdzan
Make a comment  

Thursday, May 13, 2010
Perginya seorang sahabat

Semalam, tanggal 12 May 2010, dua pupuku, saudara Haji Abdul Rahim telah pulang kerahmatullah setelah diserang darah tinggi buat kali kedua...Sebelum ini sebelah badannya telah gagal berfungsi akibat tekanan darah tinggi dan beliau menderita hampir tiga tahun. Sepanjang penderitaan itu, beliau telah di'berhentikan' kerja dan di bayar pencen. Beliau punya 4 orang anak yang masih kecil, di mana yang sulongnya berusia lewat 12 tahun, manakala yang bongsunya sekitar 7 tahun. Isteri beliau bekerja sebagai pembantu taska yayasan islam Terengganu. kali terakhir aku mengunjunginya kira-kira dua minggu yang lalu, di satu pagi Jumaat yang dingin. Tiap kali aku menziarahinya, aku dapat lihat dengan jelas, kesunyian yang melanda sanubarinya..Ya, kalau boleh aku ingin berbual-bual dengannya selama mungkin..tapi apakan daya, tak mungkin aku berbuat begitu, lantaran aku juga punya tugas-tugas yang lain. Beliau memang seorang sahabat yang baik, mudah memberi pertolongan bila diminta. Bantuan terakhir yang mampu aku berikan buatnya ialah, membantu mengangkat jenazah beliau setelah jenazah beliau sempurna dimandikan dan mahu dikafan. wajahnya tampak tenang seperti mana beliau yang dulu-dulu. Biarpun aku tidak sempat menghantarnya ke pusara, pun aku doakan moga beliau berbahagia di sana. Amin.

Posted at Thursday, May 13, 2010 by mohdzan
Make a comment  

Next Page